School holiday treat 🏫 Anak anak mummy ni baru 4 n 5 tahun.. tp dah pandai tanya nak pergi mana time cuti sekolah. haha Mummy and daddy sebenar nya tak perasan yg end of March ni cuti sekolah. Maka kami pun tak ambil cuti 🤣 Jadi, impromptu plan kita.. book la 1 bilik hotel dekat2 utk bwk mereka mandi pool.. Our destination was Bangi Resort Hotel, Bangi 😊 Muka happy masing masing 😆 feeling2 boss Adham dah tak takut swim. yeay 🏊 Not bad, cantik juga hotel ni. hehe Ok la.. lepas lah hajat mereka nak pergi vacation sempena cuti sekolah ni. Alhamdulillah 😍
Bawal Sempoi Power, Bangi 🐟 Hari ni weekend sebelum naik sekolah. Maka hari ni kita jalan2 😆 Lunch kami di Bangi sebelum check in. Daddy seperti biasa akan nak makan ikan keli. So kita pun jalan2 cari keli.. Destinasi kami ke restoran BAWAL SEMPOI POWER, Bangi. Pelbagai seafood goreng dan bakar ada di sini. Seafood ni kita pilih lepas tu makan dgn nasi putih dan kuah kari. Side dish seperti ulam ulaman pun ada. Jom layan gambar.. sesampai je kat sana, terus beratur utk pilih seafood. Ada keli, pari, sotong, udang galah, dan yg paling penting sekali, mestilah ada BAWAL 🤣 side dishes yg boleh dipilih utk mkn bersama nasi this was what we ordered, 3 ekor keli utk 3 org peminat keli ni.. all this for rm30. Standard price la.. Sotong bakar cicah sambal kicap. mummy punya. rm15.. By the way, sesiapa yg nak dtg, tempat ni buka setiap hari dari 11am-5pm. Selamat mencuba!